TENTANG KAMI - mindaconsult

TENTANG KAMI

Tentang Kami

Minda Engineering Consultant (MEC) adalah sebuah firma kecil yang ditubuhkan pada 6 Januari 2012 bagi menyediakan perkhidmatan dalam bidang kejuruteraan struktur dan awam serta pengurusan projek; dari penyelidikan awal, rekabentuk, pelaksanaan dan penyiapan projek. 

Pejabat kami terletak di Kompleks Perniagaan Musai Bistari, Melaka, Malaysia dan telah berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) sejak tahun 2012. (No. Pendaftaran: 1912-1000-SP-1053). Selain itu, kami juga berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan lain-lain lagi.

 

Kami menyediakan perkhidmatan dalam bidang rekabentuk, penyediaan lukisan dan pengurusan projek untuk kerja-kerja struktur dan infrastruktur bagi rumah kediaman, bangunan komersial, masjid, surau, pusat tahfiz dan lain-lain.

Setiap tahun, kami akan mengambil minimum 1 kerja tanggungjawab sosial korporat dan kami berharap dapat menerapkan budaya kerja yang memenuhi sepuluh prinsip UN Global Compact dalam bidang hak asasi manusia, tenaga kerja, alam sekitar dan anti-rasuah.

 

Firma ini walaupun kecil, secara konsisten telah memenuhi sasaran yang ditetapkan oleh pelanggan. Ketekunan untuk terus memperbaiki diri adalah daya penggerak utama firma ini. Selain kemahiran rekabentuk dan hubungan baik dengan pihak berkuasa tempatan, kami telah terbukti sebagai rakan kerja yang boleh dipercayai bagi perunding yang lain.
 
Selama bertahun-tahun, kami dengan rendah hati telah belajar dan berkembang dari projek ke projek, berkat peluang dan keyakinan yang diberikan oleh para pelanggan kami.
Kami berharap dapat melayani semua pelanggan kami dengan baik dan sentiasa bekerja keras untuk mencapai rekabentuk terbaik dan optimum untuk sesebuah projek.